PROGRAM GLOBAL BRANDING OUTREACH

Sintok - Biro Komuniti, Integrasi dan Antarabangsa Inasis Proton dan Tradewinds (Prowins) Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan sebuah program iaitu “Global Branding Outreach : Proton and Tradewinds Industrial Visit”. Program ini mempunyai dua sub-program dibawah Biro Keusahawanan dan Kepimpinan serta Biro Kebajikan dan Keselamatan Inasis Proton dan Tradewinds.

Pengarah program Nur Athirah, 22, selaku Exco Komuniti Integrasi dan Antarabangsa menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk penjenamaan semula bagi pembangunan Inasis Proton dan Tradewinds. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan secara teliti tentang Proton dan Tradewinds kepada para pelajar.

Ahmad Nasharuddin Bin Saidi ,22 pelajar semester 4 daripada School of Business Management (SBM) yang terlibat secara langsung dalam program ini mengatakan bahawa “program sebegini banyak memberikan manfaat kepada semua yang mana semua orang akan mendapatkan ilmu baru mengenai hal-hal korporat di samping mampu mengeratkan lagi hubungan JKPS/RS dalam sesebuah organisasi”.

Pengetua Inasis Proton dan Tradewinds, Dr. Asma Mat berkata program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara pihak penaja, staff dan juga pelajar Inasis Proton dan Tradewinds.

Justeru, Nur Aliah Amirah Binti Abd Rahman, 23 selaku Presiden Inasis Proton dan Tradewinds yang juga merupakan pelajar tahun 3 daripada School of Tourism, Hospitality, Event Management (STHEM) berkata program ini banyak beri pengalaman yang baru kepada peserta lebih lebih lagi memupuk kesedaran moral untuk semua.

© Copyright 2023 Living Campus - All Rights Reserved

Free AI Website Software