RESPONSIBILITY FOR NATURE: NO ONE BUT US!
Program Responsibility For Nature: No One But Us! yang berlangsung pada 12 Julai 2022. Program ini dijalankan selama 2 jam iaitu bermula pada 8.30 p.m hingga 10.30p.m dan melalui platform Facebook Inasis SME Titans.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan alam sekitar kepada alam semula jadi. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan minda muda supaya lebih bertanggungjawab untuk melindungi alam sekitar dan alam semula jadi. Selain itu, program ini dapat membantu membangunkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kepada alam semua jadi. Di samping itu, membantu kumpulan sosial dan individu untuk memperoleh pengetahuan tentang alam sekitar yang terdekat misalnya di dalam negara mahupun yang jauh iaitu diluar negara.
Program ini menjemput seorang panel yang hebat iaitu Puan Shakila Zen merupakan pegawai media Persatuan Aktivis Sahabat Alam KUASA. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Perhubungan Awam) dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM). Beliau juga pernah menjalankan beberapa program pemuliharaan harimau di Malaysia dengan kerjasama WWF Malaysia. Beliau terlibat dengan kerja alam sekitar sejak tahun 2016.
Menurut pengarah program, Emmi Syazlyin Binti Jaafar, program ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari pelajar UUM dan pelajar luar. Seramai 156 orang penonton menonton siaran langsung facebook Inasis SME Titans pada hari program tersebut. Oleh yang demikian, beliau berharap semua penonton siaran langsung facebook tersebut dapat mengambil input daripada program tersebut dan dapat menjaga alam sekitar kita untuk generasi akan datang.
No Code Website Builder