PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JPP BERSAMA KOMUNITI

5 Ogos 2022

Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP UUM), serta Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB) telah mengadakan program khidmat masyarakat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi, Kedah pada 5 Ogos 2022 baru-baru ini.

Program ini diketuai oleh Pengarah JPP, Ir Md. Uzairin bin Saidin disertai Timbalan Pengarah JPP, LAr Norani Abu Seman; Encik Shahidan bin Shafie, Timbalan Pendaftar JPP, Ketua Program, Ir. Sayuti Nashir, serta pegawai dan staf sokongan JPP yang lain.

Ir Md. Uzairin berkata, SMK Mahsuri ini dipilih sebagai lokasi program kerana sekolah tersebut merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di Langkawi dan terdapat banyak peralatan dan pasarana sekitarnya telah lama dan usang dan perlu pembaikan kemudahan yang sedia ada dan menurutnya lagi, kemahiran yang ada dari staf teknikal JPP ini sedikit sebanyak dapat membantu bagi membaiki peralatan yang lama di sekolah berkenaan dan juga bagi mewujudkan hubungan silaturrahim antara kedua belah pihak.

Menurutnya, menerusi program ini juga, JPP dapat menerapkan elemen pendidikan kepada warga SMK Mahsuri secara langsung dan manfaat ini juga akan dikongsi dalam kalangan komuniti setempat dengan mengintegrasikan pengetahuan, dan juga kemahiran."Sterusnya, melalui SDG15, matlamat pembangunan mapan diterapkan melalui aktiviti penanaman anak-anak pokok nadir di kawasan sekitar SMK Mahsuri bertujuan agar generasi akan datang dapat mengenal spesis pokok nadir yang kian terancam.

Program ini juga turut mendapat kerjasama penuh aripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi Kedah

© Copyright 2023 Living Campus - All Rights Reserved

AI Website Generator