BENGKEL ASAS PEMASARAN DIGITAL
28 September 2022: Bengkel Asas Pemasaran Digital anjuran IMBRe bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Yan Kechil telah berjalan dengan lancar. Sesi ceramah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib.
Bengkel ini disasarkan kepada usahawan kecil dan sederhana di sekitar Daerah Yan bagi mempromosikan produk mereka secara atas talian. Para peserta sangat gembira dengan peluang untuk belajar yang diberikan ini dan akan menambahbaik gerak kerja dalam perniagaan mereka.
Drag & Drop Website Builder