PROGRAM KITAR SEMULA PERKENAL PLATFORM PEMBUANGAN BARANGAN YANG BETUL

UUM ONLINE: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah menganjurkan Program Kitar Semula Barangan E-Waste Peringkat Universiti Utara Malaysia 2022.

Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran berkata, kempen selama empat hari bermula 19 September itu menyasarkan warga UUM dan komuniti sekitar.

Menurutnya, program tersebut bertujuan untuk melatih masyarakat menjaga alam sekitar dengan memperkenalkan platform pembuangan barangan elektrik dan elektronik yang betul.

Majlis penutup Program E-Waste telah berlangsung di stor pengumpulan JPP, UUM yang dihadiri oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Norazizi Adnan dan Ketua Penolong Pengarah JAS Negeri Kedah, Ts. Mohd Rosiskada Mohamed.

Kemudian, diadakan gimik penyerahan barangan E-Waste kepada JAS Negeri Kedah dan sijil penyertaan oleh Pengarah ARICG.

© Copyright 2023 Living Campus - All Rights Reserved

Mobirise