πππππ πππππ πππππππ ππππ πππ ππππππππ ππππππππππ
UUM ONLINE: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan." (HR. at-Tirmidzi).
Ramadan bulan yang mulia apatah lagi di hujung Ramadan, umat Islam akan menggandakan aktiviti ibadah bagi meraih sebanyak mungkin pahala yang dijanji Allah S.W.T kepada hamba-Nya.
Warga Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) juga tidak mahu ketinggalan dan telah mengadakan program Bakul Kasih Ramadan IPIZ 2022 dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), baru-baru ini.
Pengarah IPIZ, Prof Madya Dr Selamah Maamor berkata, program ini bertujuan untuk dijadikan sebagai salah satu momentum keprihatinan umat Islam yang berterusan tanpa mengira latar belakang diri dalam menghulurkan sumbangan serta hasrat agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung golongan yang kurang bernasib baik terutamanya asnaf fakir dan miskin.
Tambah beliau, diharapkan usaha sebegini akan menyuburkan nilai murni serta meningkatkan lagi penghayatan bulan Ramadan Al-Mubarak di kalangan staf dalam usaha mendekatkan lagi diri kepada Allah S.W.T.
Timbalan Pengarah IPIZ, Dr. Azizah Othman telah menyampaikan Bakul Kasih Ramadan IPIZ kepada wakil Surau Al-Badrul Munir Batu 15, Sintok dan Surau Titi Kerbau, Changlun.
Beliau juga berharap sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat memberi keringanan beban hidup serta menceriakan penerima sumbangan serta ahli keluarga mereka dalam meraikan bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.
βSelain itu, program ini dapat menyemai dan meningkatkan lagi sikap prihatin dan takwa warga IPIZ dengan cara turun padang menyantuni golongan asnaf fakir miskin di komuniti setempat,β katanya.
Sebanyak 50 pek sumbangan telah diedarkan kepada 50 keluarga yang terdiri dari kalangan ahli keluarga fakir, miskin, anak-anak yatim serta ibu tunggal. Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan Allah S.W.T.
Website Building Software