3R, Cintai Alam Sekitar

Bagi menimbulkan dan menanam semangat cintakan alam sekitar dan mengelakkan pembuangan sampah secara berleluasa, pihak Inasis Misc & Bsn, Inasis TM & Grantt dan Unifilm dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SMKBBS) serta syarikat E-Idaman dan S W Corp telah mengadakan Kempen 3R, Cintai Alam Sekitar.

Kempen kesedaran ini yang diadakan pada 24 Ogos 2022 Rabu dimulakan dengan taklimat oleh pihak E-Idaman dan SWCorp.

Taklimat ini disertai oleh kira-kira 40 orang pelajar dan 25 orang kakitangan UUM.

Menurut guru pembimbing program, selaku PK Ko Ko Cikgu Nor Rizan, pihak sekolah sebenarnya telah mempunyai satu pasukan khas 5R yang bukan saja terlibat dalam kempen kesedaran 3R, tetapi juga turut menghasilkan produk inovasi dari barang-barang terpakai.

Dengan taklimat oleh kedua-dua pihak syarikat, para pelajar dilihat makin bersemangat dan bersedia menjadikan 3R sebagai suatu pembudayaan bukan saja di sekolah, tetapi juga di rumah masing-masing.

Sesi taklimat diselang seli dengan kuiz soal jawab dan para pelajar diberikan hadiah bagi menambah lagi minat dan semangat mereka

Semoga dengan kempen ini dapat menjadikan amalan 3R sebagai budaya dan amalan kita seharian di mana saja kita berada.

© Copyright 2023 Living Campus - All Rights Reserved

Free AI Website Maker