πˆππˆπ™ π“π€π‹πŠ: π™π€πŠπ€π“ π…πˆπ“π‘π€π‡: π’π„πŒππ”π‘ππ€πŠπ€π π‘π€πŒπ€πƒπ€ππŒπ” ππ„π‘πˆ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ„π–π€π‰πˆππ€π ππ„π‘π™π€πŠπ€π“

UUM ONLINE: Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menganjurkan program IPIZ Talk β€˜Zakat Fitrah: Sempurnakan Ramadanmu’ yang diadakan secara atas talian, baru-baru ini.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Hazwan Shah Niezam dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersama Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor sebagai moderator.

Pengarah IPIZ, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor berkata, tujuan program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kesedaran berkaitan zakat fitrah sekali gus memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam keempat dengan menunaikan zakat fitrah memandangkan umat Islam sekarang berada di penghujung bulan Ramadan.

β€œSaya berharap agar program IPIZ Talk ini akan dijadikan program berkala dan akan berterusan bagi manfaat seluruh warga UUM dan masyarakat umumnya.

β€œProgram ini bukan hanya mendapat sambutan daripada warga UUM melalui Webex malah ianya juga disiarkan melalui FBLive IPIZ dan juga LZNK,” katanya.

Antara intipati ceramah panel jemputan adalah berkaitan dengan asal pensyariatan zakat yang mana asas kepada agama Islam terbina daripada 5 rukun Islam dan salah satunya adalah zakat.

Walaupun pensyariatan zakat secara khusus belum wujud sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, namun ayat-ayat tentang zakat telah diturunkan sebagai persediaan kepada para sahabat dan sebahagian umat Islam untuk mereka mengetahui maklumat tentang zakat sebelum berlakunya pensyariatan zakat secara khusus.

Pada ketika itu yang wujud hanyalah galakan serta amalan dalam bentuk bersedekah dan membantu orang dalam kesusahan. Selepas penghijrahan Nabi SAW pada tahun ke 2 hijrah, puasa Ramadan telah disyariatkan dan bermulanya pensyariatan zakat yang pertama iaitu zakat fitrah, manakala zakat harta yang lain belum disyariatkan.

Ustaz Hazwan turut menekankan tujuan pensyariatan zakat daripada hadis Rasulullah SAW adalah untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada perkara sia-sia dan ungkapan-ungkapan yang buruk serta untuk memberi makan kepada orang miskin. 

Β© Copyright 2023 Living Campus - All Rights Reserved

No Code Website Builder