WEBINAR HOUSEHOLD WEEE ISSUES : A ROUNDTABLE DISCUSSION
Perbincangan meja bulat secara maya bersama-sama panel-panel berpengalaman dan berpengetahuan luas di dalam menangani isu pengurusan buangan elektrik dan elektronik isi rumah.
Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Encik Norazizi bin Adinan telah dijemput sebagai salah seorang panel untuk membincangkan tentang isu-isu berkaitan buangan elektrik dan elektronik isi rumah sepanjang tiga (3) sesi perbincangan ini diadakan.
Seramai lebih 200 orang peserta telah menyertai sesi perbincangan ini yang berlangsung pada 22 Mac 2022 (Selasa) bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang melalui aplikasi webex anjuran Universiti Utara Malaysia.
Sesi webinar ini telah dimulakan dengan kata aluan daripada YBhg. Datin Paduka Che Asmah binti Ibrahim dan Prof. Dr Haim Hilman Abdullah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
AI Website Maker