JKM ANJUR PROGRAM SIHAT, TARIK MINAT WARGA EMAS
KUALA MUDA – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad merasmikan Program Pengupayaan Intergenerasi dan Solidariti Masyarakat (PIIKAT) Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2022 di Pusat Aktiviti Warga Emas, Permatang Katong Kuala Muda, pada Sabtu.
Katanya, program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan warga emas dalam masyarakat serta berkongsi ilmu dan pengalaman bersama generasi muda.
“Penglibatan pelbagai generasi daripada pelbagai latar belakang akan memberi lebih makna dalam membentuk generasi yang berakhlak tinggi apabila yang tua di hormati dan yang muda disayangi. Di samping itu juga, program sebegini dapat membudayakan aktiviti sihat sepanjang hayat tanpa mengira usia,” ujarnya.
Tambahnya, antara aktiviti yang dijalankan adalah acara senaman secara duduk, pertandingan membuat kerabu, anyaman ketupat dan menghias pulut kuning.
Selain itu, sesi ceramah ringkas dan pameran turut diadakan oleh Jabatan Farmasi Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Negeri Kedah, Shaballah Zainol Abidin, Pengarah pusat kerjasama Universiti Industri mewakili Naib Canselor UUM, Prof Madya Dr. Siti Zubaidah Othman, Dekan Pengajian Psikologi Gunaan Dasar &Kerja Sosial UUM, Prof Madya Dr. Md Zawawi Abu Bakar, wakil Dato’ Pegawai Daerah Kuala Muda, Norfazni Mustafa, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sultanah Bahiyah, Dato’ Haji Nasir Mustafa dan Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Nor Harina Ayob.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
AI Website Generator