ππππ πππ πππ πππππ ππππππ πππππππ πππππππ ππππππππ ππππππ πππππ π ππππ
UUM ONLINE: Institut Penyelidikan Inovasi dan Zakat (IPIZ) dan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah bekerjasama mengadakan Program Khidmat Komuniti IPIZ 2022 Sempena Karnival Kumpulan Koperasi Permodalan Felda (KPF) selama dua hari pada 31 Mac dan 1 April lalu di Dewan Masjid Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam.
Dalam program ini, IPIZ dan IBS telah turun padang membantu warga Felda Bukit Tangga dalam membantu mendaftarkan Pelan Perlindungan Takaful Tenang, selain memberi penerangan dan penyelesaikan isu penama bagi saham KPF.
Pengarah IPIZ, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu warga Felda Bukit Tangga mendaftar Pelan Perlindungan Takaful Tenang secara percuma yang telah diberikan oleh kerajaan kepada golongan B40 penerima BKM sebanyak RM 75 setahun.
Selain itu, menurutnya, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya warga Felda tentang ilmu kewangan Islam dan muamalat terutama sekali berkaitan pengurusan pusaka, pendaftaran penama bagi saham KPF, zakat dan wakaf.
Katanya, program seumpama ini sangat perlu diadakan secara berkala untuk warga Felda dan juga seluruh masyarakat B40 di negeri Kedah terutamanya bagi memastikan maklumat berkaitan kewangan dan muamalat Islam ini dapat disebarkan dan diaplikasi oleh masyarakat dengan kefahaman yang betul.
βSaya sangat teruja dengan program khidmat masyarakat ini dan akan sentiasa bekerjasama dengan warga IBS dan warga UUM untuk meneruskan usaha menyantuni masyarakat B40 terutamanya yang sangat-sangat memerlukan perhatian dan khidmat warga kita.
βDi samping itu, saya ingin mengajak warga UUM terutamanya penyelidik dan pensyarah untuk turun padang berkongsi ilmu kepakaran bidang masing-masing agar dapat membimbing masyarakat yang memerlukan dan ia juga sebagai memenuhi tanggungjawab βamanah ilmuβ yang Allah kurniakan,β katanya.
Dalam program ini, beliau turut menyampaikan ceramah dalam slot Bicara Pengurusan Pusaka yang memfokuskan kepada perkara asas dalam pusaka iaitu pengertian harta pusaka, waris, wasi (pentadbir) dan penama serta kaedah menguruskan harta pusaka.
AI Website Maker