SERI ISKANDAR: Kementerian Ekonomi dengan Kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah menganjurkan ‘Malaysia SDG Summit 2023 Peringkat Wilayah Utara yang diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai Rakan Kolaborasi Strategik Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) diberikan slot pertama panel diskusi bertajuk ‘Taking on Equality – Reducing Income Disparity: The Strategies, Challenges & Indigenous Solutions’ oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail bersama dua ahli panel iaitu mantan Menteri Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Modal Insan/ Sekretariat, Pejabat Ketua Eksekutif, NCIA, Datin Shahdee Ahmad.
UUM juga diberi peluang untuk mempamerkan dan menyebar luas cerita-cerita kejayaan yang berkisarkan kelestarian mampan yang telah dilaksanakan.
Pengarah CeTMA, Prof. Madya Dr. Masnita Misiran turut berkongsi pelaksanaan projek ‘Drive Thru Recycle Centre‘ (DRTC) yang diadakan dengan kerjasama E-Idaman Sdn. Bhd. dan projek paparan pemuka pengkalan data DTRC kepada pengunjung di tapak pameran.
Selain itu, UUM juga tidak melepaskan peluang mempamerkan pameran ‘Robotic’ oleh Suwannit Chareen Chit a/l Sop Chit; ‘Garden Heros – Sustainable food production (Aquaponic)’ oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Farizal Rajemi dan ‘The SDGS Jornalism Reporting’ (SDGsJR) oleh Prof. Dr. Huda Ibrahim.
Pengunjung reruai UUM masing-masing terpegun melihat hasil produk inovasi UUM yang memberi banyak input baharu, di samping teknologi yang dihasilkan secara efektif telah berjaya melestarikan alam sekitar serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar di IPTA dan IPTS.
Menerusi program ini, banyak pihak yang dapat mengenali dengan lebih dekat pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dipamerkan oleh setiap agensi terlibat. – Hasliza Shafie