Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat UUM dari 15 Ogos 2023 hingga 16 September 2023, Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) juga tidak ketinggalan untuk mengadakan program kemerdekaan di peringkat jabatan pada 14 September 2023 (Khamis).
Antara aktviti yang dilakukan ialah berjalan kaki sekitar taman rimba dan tasik UUM. Objektif program ini ialah untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan di peringkat CeTMA serta dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan lagi hubungan dikalangan staf CeTMA.
Program kemerdekaan CeTMA pada kali ini telah disertai oleh 6 orang staf CeTMA termasuk pelajar praktikal yang telah menjayakan program ini. Kesemua kelihatan sangat gembira dan bersemangat melakukan aktiviti berjalan kaki sambil menikmati keindahan flora dan fauna sekitar UUM.