All News

Perbincangan pelan strategik CeTMA bersama TNCPI

pic tncpi bersama cetma
 
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah membuat lawatan kerja ke Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) dan diraikan oleh warga kerja CeTMA yang diketuai Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat Pengarah CeTMA.
Dalam lawatan itu, pihak CeTMA telah membentangkan pelan tindakan bagi mencapai pelan strategik universiti yang telah diamanahkan kepada CeTMA.
Pelbagai inisiatif strategik yang telah dibincangkan bagi memastikan CeTMA dapat terus berperanan sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan UUM.

TNCPI juga menggesa CeTMA memfokuskan agenda pembangunan lestari yang dapat memberi keseimbangan antara tuntutan memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi.