UUM ONLINE: Pulau Pinang – Selari dengan hasrat untuk memperkasakan pusat tanggungjawab (PTJ) di bawah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Bengkel Hala Tuju Ekosistem R&D, Creativity Index (CI), Cut Off dan Social Return on Investment (SROI) telah diadakan selama tiga hari mulai 10 Mac lalu di Bayview Beach Resorts.
Bengkel anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RIMC) itu melibatkan semua Ketua PTJ berkaitan dan 36 pegawai kanan.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad berkata, bengkel tersebut menfokuskan kepada perancangan hala tuju ekosistem PTJ terlibat.
“Selain itu, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengeratkan sesama warga PTJ di bawah TNC (P&I) agar lebih mudah dan memahami antara satu sama lain serta dapat mempelajari dan lebih berkualiti dalam proses kerja seharian.
“Pada bengkel ini juga, sebanyak tiga keadah yang digunakan untuk melihat keberkesanan output dan prestasi sesuatu program atau kerja telah diperkenalkan,” katanya ketika merasmikan bengkel tersebut.
Halatuju ekosistem R&D dan Service Centre telah dibentangkan oleh Timb Pengarah Tugas-Tugas Khas RIMC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar.
Penerangan tentang Creativity Index (CI) dan Cut Off telah dibentangkan oleh JPP yang diketuai Pengarahnya, Ir Md Uzairin Saidin. CI lebih memberi impak terhadap output dan keberkesanan sesuatu projek, program atau aktiviti yang dilaksanakan, manakala Cut Off lebih menjurus kepada proses tender dan perolehan dalam melihat aspek kualiti pemilihan agar lebih tepat dan telus.
Sementara Social Return on Investment (SROI) disampaikan oleh Pengarah CeTMA, Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat yang menerangkan tentang SROI iaitu kaedah yang dapat memberi impak kepada sosial, ekonomi selain dapat meningkatkan proses kerja dengan lebih berkesan.
Kemudian, peserta bengkel dibawa melawat ke Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia dan semua peserta diberikan taklimat tentang bidang kerja BJIM serta Impak BJIM kepada sosial dan industri.
Selain itu, peserta bengkel juga turut di bawa melawat ladang kelulut USM dan dapat merasai madu kelulut sebelum dan selepas diproses.