• Training

    Training

  • Training

Upcoming Events

Qualitative Workshop Series In Mac 2018

Qualitative Workshop Series In  Mac 2018

Qualitative Workshop Series In Mac 2018

NOTE: · Please bring your own laptop. · Only 30 seats available for each workshop series. Dateline for registration: 22 March 2018 before 12.00 pm

Read more

SOROTAN KARYA AKADEMIK BERTAMBAH MUDAH DENGAN ATLAS.ti

Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA), Universiti Utara Malaysia telah berjaya menganjurkan siri pertama Bengkel Kualitatif dengan ATLAS.ti bagi bulan Oktober 2017. Kejayaan beberapa siri bengkel sebelum ini yang dikendalikan oleh Dr. Ani Munirah Mohamad telah menarik penyertaan staf akademik dan pelajar pascasiswazah daripada UUM, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) untuk menghadiri Bengkel Sorotan Karya menggunakan ATLAS.ti yang telah diadakan pada 22 Oktober 2017 di UUM.

Menurut Dr. Ani, perisian analisis data kualitatif seperti ATLAS.ti lazimnya dikaitkan dengan penyelidikan dan penyelidik kualitatif. Namun, sebenarnya potensi penggunaan ATLAS.ti lebih luas daripada itu. Dengan keupayaan perisian ini membantu proses sorotan karya akademik, ATLAS.ti kini menjadi pilihan penyelidik di Malaysia tanpa mengira penyelidikan yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif, kuantitatif atau campuran kualitatif dengan kuantitatif. Ini adalah kerana, kita memang perlu membuat sorotan karya tanpa mengira metodologi kajian kita. Beliau yang merupakan jurulatih bertauliah profesional ATLAS.ti di Asia Pasifik juga merupakan felo penyelidik di CeTMA dan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Undang-undang di UUM.

Salah seorang peserta iaitu Puan Fauziah Ismail yang merupakan pelajar pascasiswazah daripada UKM berkata “Saya amat beruntung kerana berpeluang untuk mengikuti bengkel ini dan ATLAS.ti mampu memudahkan penulisan sorotan karya akademik saya”.

Untuk siri kedua bengkel yang bakal diadakan pada 29 Oktober 2017, Dr Ani akan mengupas dengan lebih lanjut penggunaan ATLAS.ti dalam menganalisis pelbagai jenis data kualitatif. Pihak CeTMA mengharapkan perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta.

Sekian.

 

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.